Wednesday, June 9, 2010

CREATING QUESTION USING EXCELL & POWER POINT

Selain 'CONSTRUCTION OF ICT MATHEMATICAL TEACHING AIDS FOR LOWER PRIMARY TEACHER' 'Creating Question using excel and Power point' juga adalah sebahagian program yang telah diungkayahkan oleh tuan rumah SRMHT bagi majlis eXPLOMATHS ke 18 2010 yang mana telah diadakan pada 2 Jun 2010 ( Rabu ) di Bilik Muzakarah, JSST di mana guru-guru sekolah rendah kawasan Tutong I dan II telah diberi peluang bersama-sama menghadiri bengkel tersebut.















26.5.2010 CONSTRUCTION OF ICT MATHEMATICAL TEACHING AIDS FOR LOWER PRIMAY SCHOOL'

Majlis eXPLOMATHS ke 18 2010, SR. Muda Hashim sebagai Tuan Rumah telah memberi peluang kepada guru-guru bagi menyertai 'Construction Of ICT Mathematical Teaching Aids for Lower Primary Teachers'.

Seramai 28 buah sekolah dari Sekolah Rendah Kawasan Tutong dan Belait telah menyertainya dan hanya 1o yang terbaik dan terpilih akan membuat presentasi dan seterusnya menerima sijil penghargaan & hadiah. Acara telah diadakan pada tarikh, hari dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 26 Mei 2010 (Rabu)
Tempat: Dewan SR Muda Hashim Tutong 1
Jam: 7.30 pagi
Tetamu Kehormat: Abdul Kani bin Abdullah Ulang, Pmk. Pen. Pengarah Sekolah Daerah Tutong, JSS, Kementerian Pendidikan, NBD.


Guru Besar bersama Tetamu Kehormat dan Pegawai-pegawai
dari Jabatan Sekolah-sekolah Tutong.

Guru-guru Besar dan wakil hadir menyaksikan majlis ini.

Juruacara & Pengawas Pemarkahan
sedang sibuk melaksanakan tanggongjawabnya.

Sebahagian peserta 'Top 10' sedang mempresentasikan
ABM dalam pengajaran Matematik melalui ICT
dan sedang dihakimi oleh hakim-hakim yang dilantik


Di akhir majlis,
Tetamu Kehormat telah diberi laluan
untuk memberi ucapan khas bagi majlis tersebut
'Pendidikan SPN21 menghendaki guru-guru lebih kreatif dalam isu-isu pendidikan, mengukuhkan kemahiran Numerasi dan Literasi. Oleh itu apa yang diungkayahkan oleh Jawatankuasa eXPLOMATHS ini bagi peringkat pendidikan rendah pada pagi ini memang menepati kerana ianya menjurus kepada keperluan Numerasi'
dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada
pemenang-pemenang berserta Sijil Penyertaan
bagi sekolah-sekolah yang menyertai acara ini.

Sebelum bersurai, bacaan doa telah disampaikan oleh
Ketua Guru ugama SRMHT
Ustaz Sahar bin Hj. Dayman.

Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada yang terlibat yang mana telah sama-sama menjayakan majlis ini dan mengucapkan TAHNIAH kepada sekolah yang berjaya .

Saturday, May 22, 2010

CONSTRUCTION OF ICT MATHEMATICAL TEACHING AIDS FOR LOWER PRIMARY TEACHERS

Bagi memberikan peluang untuk guru-guru terlibat dalam eXPLOMATHS kali ke 18 ini, SR Muda Hashim mengendalikan acara Construction Of ICT Mathematical Teaching Aids for Lower Primary Teachers.

Penyertaan dibukakan untuk guru-guru dari Sekolah-Sekolah Rendah kawasan Tutong & Belait sahaja.

Top 10 yang terpilih akan membuat presentasi dan seterusnya menerima sijil penghargaan & hadiah. Acara yang dimaksudkan akan diadakan:

Tarikh: 26 Mei 2010 (Rabu)

Tempat: Dewan SR Muda Hashim Tutong 1
Jam: 7.30 pagi
Tetamu Kehormat: Abdul Kani bin Abdullah Ulang, Pmk. Pen. Pengarah Sekolah Daerah Tutong, JSS, Kementerian Pendidikan, NBD.

Taklimat Maths Trail Challenge

Gambar yang diambil semasa taklimat diadakan di JSS Daerah Temburong



Alhamdulillah, sambutan dari sekolah-sekolah daerah Temburong sangat membrangsangkan. Sebanyak 10 buah sekolah dari daerah Temburong menyertai Maths Trail Challenge yang bakal diadakan pada 24 Jun, 26 Jun, 28 Jun dan 29 Jun.



Taklimat ini diadakan pada:

Tarikh/Hari

Kawasan

Tempat

Jam

15 Mei 2010

(Sabtu)

Tutong I

Tutong II

Belait

Sekolah Bukan Kerajaan

Dewan SR Muda Hashim Tutong 1

2 ptg – 4.30 ptg

17 Mei 2010

(Isnin)

Temburong

Jabatan Sekolah-Sekolah Temburong

11 pg – 1.30 ptg

18 Mei 2010

(Selasa)

Brunei I

Brunei II

Brunei III

Brunei IV

Dewan SR Muda Hashim Tutong 1

2 ptg – 4.30 ptg

Alhamdulillah, ketiga-tiga taklimat berjalan seperti yang dirancang. Taklimat ini disampaikan oleh Cg Nur Hanisah (setiausaha 1 eXPLOMATHS). Ahli jawatankuasa tertinggi turut memberi kerjasama untuk melancarkan taklimat-taklimat yang diadakan.




Monday, April 26, 2010

MAJLIS PELANCARAN eXPLOMATHS KE 18

MAJLIS PELANCARAN eXPLOMATHS kali ke 18 SENEGARA
11 JAMADILAWAL 1431H / 26 APRIL 2010M
HARI ISNIN
DI DEWAN SR. MUDA HASHIM, TUTONG I

Tetamu Kehormat
Majlis Pelancaran eXPLOMATHS ke 18 Yang Mulia,
Dr Hj Junaidi bin Hj Abdul Rahman,
Timbalan Setiausaha Tetap ( Pengajian Tinggi )
Kementerian Pendidikan
tetapi tidak dapat hadir walaubagaimanapun
beliau telah menghantar wakil peribadinya,
Dr Hj Kassim bin Hj Daud,
Pengarah Perancangan,
Perkembangan dan Penyelidikan,
Kementerian Pendidikan.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah beramai-ramai diketuai oleh wakil dari Pegawai Hal Ehwal Ugama Tutong.
Ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis
YM Cikgu Zainal Arfan bin Dato Paduka Hj. Ahmad,GB SRMHT
dan ucapan wakil peribadi TETAMU KEHORMAT
dan seterusnya melancarkan majlis tersebut.

Untuk menyerikan lagi majlis tersebut, Persembahan Koir telah diadakan dari anak-anak murid dari SR Muda Hashim. Lirik lagu ini telah dicipta oleh Cikgu Normas Aizah binti Ahmad Hizazi sempena eXPLOMATHS 18 dan telah berjaya menambat hati para hadirin dan hadirat yang menyaksikannya.




Sebahagian daripada Jemputan-jemputan Khas, Pegawai-Pegawai & Guru-Guru Besar di ke Empat Daerah telah hadir bersama-sama bagi menyokong dan menyerikan lagi majlis tersebut.
Murid-murid di sekolah ini juga tidak ketinggalan menyaksikan majlis tersebut.

Acara Penyampaian / Pengagihan Fliers / Poster
kepada Ketua-Ketua JAPSER & CLUSTER di ke empat-empat Daerah
dan termasuk Sekolah-Sekolah Swasta yang menyertainya.

Penyampaian Cenderamata kepada TTK telah disampaikan oleh GB selaku Pengerusi Majlis.

Sebelum bersurai dan menikmati Jamuan,
Majlis telah mempersilakan dan menjemput TT. Kehormat menyaksikan pameran Maths dari ke dua buah sekolah yang mengendalikan majlis eXPLOMATHS ke 18
( SR. Muda Hashim dan SM. Muda Hashim )
Tutong

Sebahagian ABM Maths yang dipamerkan dari sekolah rendah.

Head Prefect Awg. Muhd. Fadini bin Halidin
telah memberikan penerangan tentang ABM yang telah digunakan
dalam pembelajaran Matematik kepada TTK
Salah seorang murid yang ditugas telah memberikan penerangan
tentang kerja-kerja murid yang dipamerkan kepada Jemputan-jemputan Khas.
TTK juga telah diperkenalkan bahawa pengajaran Maths juga telah digunakan pengajaran & pembelajarannya melalui Internet.
Murid-murid menunjuk cara penggunaan pembelajaran Mathematics melalui internet.
Jemputan-jemputan khas dan guru-guru besar
yang hadir juga sama-sama menyaksikan pameran tersebut.


Majlis diakhiri dengan menikmati JAMUAN yang telah disediakan.
Murid-murid juga sama-sama menikmatinya.


Ucapan Penghargaan & Sekalung Budi
kepada:
YM. Tetamu Kehormat
Jemputan-Jemputan Khas,
Ketua-ketua Jabatan,
Ketua-ketua JAPSER & CLUSTER
Guru-Guru Besar dan Penolong Guru Besar
Jabatan Pejabat Daerah Tutong
Jabatan Perkhidmatan-Perkhidmatan Elektrik Tutong
Jabatan Alam Sekitar dan Rekreasi Tutong
Jabatan Radio dan Televisyen cawangan Tutong
kerana sama-sama menyerikan dan memeriahkan lagi majlis
dan
kepada semua AJK Penyelanggara & AJK Kerja yang mana telah bertungkus lumus mempersiapkan majlis tersebut dengan sempurna dan juga ucapan penghargaan kepada guru-guru SM Menengah Muda Hashim yang mana sudi bekerjasama bagi menjayakan majlis pelanacaran tersebut.